Monday, August 10, 2015

POEM ~ GADIS LAGENDA...



beliau hanya insan biasa
gadis desa yang hidup bersederhana
kau dipuja setiap mata yang melihat
kau ibarat puteri dari kalangan masyarakat

gadis jelita semakin meningkat dewasa
ibarat sekuntum bunga yang mekar mewangi
akhirnya disunting menjadi seorang isteri
berbahagialah bereka suami isteri
berkat kurniaan dari Illahi

kebahagiaan si gadis sebentar cuma
kecantikan beliau menjadi punca
telah mencambahkan amarah di hati mereka
gadis setia difitnah dan dihina

si gadis merayu memohon belas
malangnya tiada yang sudi mendengar rintihan
hukuman diterima tanpa hati yang iklas
kematian berakhir diiringi sumpahan

tanah yang subur menjadi kontang
seluruh keturunanmu tidak dibenarkan pulang
berlarutan sehingga ke tujuh keturunan
tiada yang berani mengingkari sumpahan

darah putih menjadi bukti
gadis yang dihukum gadis yang suci
menjadi sebutan generasi masa kini
lagenda si gadis yang penuh misteri

No comments:

Post a Comment