Friday, September 27, 2013

ABANG...~~


Abang...
Aku mengenalimu sejak aku mengenali alam baru ku
Bila terpandangkan wajahmu, lidah ku menjadi kelu
Detik hatiku berkata, engkau lah lelaki itu
Lelaki yang bakal menghiasi mimpi indah ku

Hari berlalu tanpa ku sedari
Tiada siapa yang mengetahui aku memujamu setiap hari
Aku cuba menyembunyikannya daripada rakan-rakan sendiri
Cukuplah sekadar menjadi rahsia hati

Aku tahu kau tidak menyedari getaran hatiku ini
Sesungguhnya, aku tidak ingin kau mengetahui segala isi hati
Aku sedar akan kekurangan diri
Kau dan aku bagaikan langit dan bumi

Abang...
Kini hatiku menjadi walang
Pabila wajahmu mula menghilang
Kau mula membina kerjaya untuk cemerlang
Katamu, kau ingin membantu keluarga tersayang

Oh abangku yang ku sayang
Perasaanku terhadapmu tak pernah kurang
Saat indah bersamamu akan ku kenang
Akan kujadikan penyuntik semangat dimasa akan datang



puisi yg pernah aku karang untuk seseorang... 
kalaulah dia tau..~~~~
#sumber gambar dr google

2 comments: