Friday, December 10, 2010

my first puisi yg aku nk share ngn korg..



Chicas Y EL MUNDO ( Gadis Dan Dunia)


Asalmu dari rasa cinta yang wujud antara dua jiwa
Kehadiranmu dinantikan dengan penuh debaran didada
Saat kelahiran mu merupakan saat terindah bagi kedua ibu dan bapa
Kau merupakan permata bagi seluruh keluarga

Kau dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang
Pendidikan dunia dan akhirat juga tidak kurang
Di sekolah kau merupakan pelajar terbilang
Menjadi kebanggaan ibu, ayah, guru, dan abang

Entah di mana silapnya bermula
Mungkin apabila kau mula mengenal dunia
Mula bergaul dengan rakan sebaya
Serta mula mengenal cinta

Keindahan terasa bila dicinta
Kau tidak mengendahkan nasihat ibu dan bapa
Kau merasakan cinta itu hanya untuk kau dan dia
Sehingga terlupa untuk menyintai Yang Maha Pencipta

Apabila cinta mula menguasai jiwa
Kau dan dia mula bermesra
Kemesraan yang bertujuan untuk membuktikan cinta
Sehingga bercambah benih bernyawa

Hati yang riang mula terasa walang
Apabila kekasih yang disayang mula menghilang
Meninggalkan dirimu menanggungnya seorang
Janin yang kian membesar tanpa dapat dihalang

Kau mengambil keputusan SENDIRI
Untuk membunuh anakmu SENDIRI
Hanya kerana untuk menutup aib SENDIRI
Aib yang berpunca daripada perbuatanmu SENDIRI

Aduhai malang nasib si anak
Ibu dan ayah tidak berkehendak
Mayat si anak dibuang di dalam semak
Ibarat sampah yang perlu dielak

Wahai si gadis muda belia
Perkara yang lepas janganlah diulang semula
Kembalilah kamu kepangkuan ibu dan bapa
Serta mengabdikanlah diri pada Yang Maha Esa

Ini adalah coretan sahaja
Tiada kena mengena pada yang hidup atau yang telah meninggal dunia
Hanya untuk menjadi pedoman hidup kita
Agar tidak tersasar dari jalan-Nya



hmm aku dh x bape igt r aku tulis puisi nie wk2 ble...
harap korg suke ngn n3 nie...
sudi2kn la tngglkn comment ble dh bace ea...
aku nie pn bru jew brjinak2 ngn puisi...
(puisi kew?? hmm bleh kate mcm 2 r kowt... huhu)
sje jew suke2.. isi masa lapang r katakn... hehehe

No comments:

Post a Comment